fbpx

PPM patahkan 3,435 kes bernilai RM220 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Yusoff bercakap pada sidang media kejayaan Pasukan Polis Marin (PPM) di Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Pasukan Polis Marin (PPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mematahkan sebanyak 3,435 aktiviti pelanggaran undang-undang membabitkan perairan negara bernilai RM220,443,106 juta sejak awal Januari hingga Jun tahun ini.

Komander PPM, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Deputi Komisioner Mohd. Yusoff Mamat berkata, kejayaan ini sekali gus menunjukkan peningkatan sebanyak RM 164,682,477 atau 295 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

“Sebanyak 38,694 kapal tempatan dan asing telah diperiksa berbanding 26,908 pada tahun lalu manakala orang yang diperiksa adalah seramai 157,467 orang.

“PPM masih mengekalkan tiga teras utama bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman di perairan negara iaitu pencegahan dan penurunan kadar jenayah, menstabilkan kesejahteraan rakyat serta penguatkuasaan berterusan dan penyampaian perkhidmatan kepolisan yang terbaik kepada masyarakat.

“Keberhasilan kejayaan ini memperlihatkan aktiviti pelanggaran undang-undang membabit penyeludupan kontraban, penyusupan pendatang asing tanpa izin, penyeludupan dadah dan pencerobohan nelayan asing,” katanya ketika sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kes di bawah Akta Perikanan 1985 mencatatkan sebanyak 1,460 kes berbanding 625 kes sementara membabitkan Akta Imigresen 1959/63 ialah sebanyak 57 kes tahun ini.

“Bagi kesalahan di bawa Akta Kastam 1985 mencatatkan sebanyak 133 kes manakala selebihnya melibatkan kes seperti Akta Kawalan Bekalan 1961(115), Akta Perkapalan Saudagar (581) dan Akta kawalan Padi (117).

“Nilai rampasan melibatkan kesalahan terbabit antaranya di bawah Akta Kastam 1967 adalah sebanyak RM156.3 juta, Akta Dadah 1952 (RM18.8 juta) dan Akta Kawalan Bekalan 1961 (RM13.35),” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI