PETALING JAYA – Orang ramai menyifatkan situasi politik negara ketika ini berbelit-belit ibarat jalan cerita filem Bollywood dan mahu pihak kerajaan fokus untuk mengekang penularan Covid-19.
Kisah tarik tali yang dilakukan UMNO ketika ini juga ibarat kisah cinta kebanyakan watak hero dan heroin dalam kebanyakan filem terkenal dari India itu.
Rata-rata orang ramai menyatakan sedemikian setelah menteri dari UMNO yang juga Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri hari ini.
Bukan itu sahaja, Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut dinaikkan pangkat sebagai Menteri Kanan (Keselamatan).

Sebelum ini, UMNO dikatakan mahu menarik diri dan meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN), namun kali ini situasi tersebut mungkin berubah sekali lagi.
@mhfakry berkata, dia keliru adakah UMNO masih sebahagian daripada kerajaan PN atau tidak ketika ini.

“Agak pening perjalanan cerita ini, boleh katakan sama dengan Bollywood. Sekejap tak nak sekejap nak, dah orang kasi tu ambik je la. Jangan drama sangat,” ciapnya.
@Zahraa5 pula berkata, UMNO perlu istikomah dan jangan berputar belit seperti ini, sekiranya nekad untuk keluar daripada PN sila lakukan sekarang.
“Terima apa yang ada sekarang, fokus bersama hapuskan Covid-19. Tinggal dulu politik. Tangan di bawah tadah, mulut cakap tak mahu, lucu lah politik kita,” ujarnya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929














