fbpx

Laporan polis berkaitan pengakuan suara Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fazley

SEREMBAN – Satu laporan polis berhubung pengakuan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang tular suaranya dalam rakaman telefon bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibuat oleh seorang individu hari ini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, pihaknya menerima laporan polis berkenaan kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

“Satu laporan polis dibuat oleh seorang individu di daerah ini berhubung pengakuan Presiden UMNO berkaitan suara di dalam rakaman telefon yang tular bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pengadu telah terbaca satu artikel di salah satu portal media tempatan yang bertajuk ‘dalam mesyuarat semalam, Zahid mengakui itu suaranya’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media hari ini melaporkan, satu laporan polis terhadap Ahmad Zahid telah dibuat oleh seorang individu berkaitan pengakuan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tentang suaranya dalam rakaman telefon yang tular bersama Anwar baru-baru ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI