PUTRAJAYA – Sebanyak 7,097 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 799,790 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan angka tertinggi sebanyak 3,119 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 1,005 kes dan Negeri Sembilan sebanyak 788 kes.
“Seterusnya, Melaka (358 kes), Sarawak (289 kes), Pahang (258 kes), Sabah (244 kes), Johor (224 kes), Kedah (198 kes), Perak (187 kes), Pulau Pinang (140 kes) dan Kelantan (123 kes).
“Labuan pula (93 kes), Terengganu (43 kes), Putrajaya (26 kes) dan Perlis (dua kes),” menurut ciapan Twitter beliau di sini hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929














