fbpx

JPJ Kelantan lelong 75 kenderaan dilucut hak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kenderaan dilucut hak yang dilelong oleh JPJ Kelantan bermula 11 Julai ini. - Foto IHSAN JPJ

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan melelong 75 buah kenderaan yang telah dilucut hak pada harga serendah RM120 sehingga RM11,800 bermula 11 hingga 18 Julai ini.

Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, tawaran sebut harga bagi kesemua kenderaan itu dibuka bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari sepanjang tempoh tersebut.

Katanya, tawaran sebut harga itu dilaksanakan secara dalam talian bagi mengelakkan orang ramai berkumpul di pejabat JPJ sekali gus dapat mengekang penularan Covid-19.

“Kaedah ini berbeza dengan lelongan awam apabila mereka tidak perlu hadir ke pejabat JPJ untuk menyatakan sebut harga dan semua akan dijalankan secara dalam talian.

“Pelbagai kenderaan yang ditawarkan antaranya Toyota Wish, Honda Odyssey, Honda Jazz, Protan Saga dan Proton Iswara yang bermula pada harga RM120 sehingga RM11,800,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurut Hanif Yusabra, nilai deposit sebut harga adalah lima peratus daripada harga tawaran dalam bentuk bank draf dan kiriman wang atas nama Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia.

Keterangan lanjut boleh hubungi Unit Pengurusan Sita JPJ Kelantan menerusi talian 09-766 6905 atau 09-766 6117 atau layari Facebook, JPJNegeriKelantanOfficial. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI