KUALA LUMPUR – Pasar Datuk Keramat ditutup selama seminggu bagi tujuan sanitasi selepas terdapat kes jangkitan Covid-19 di kawasan terbabit.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan berkata, penutupan akan bermula esok hingga 14 Julai ini.
“Sehubungan itu, tiada sebarang aktiviti perniagaan dijalankan di pasar tersebut pada tarikh yang dinyatakan.
“DBKL juga akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi arahan ini,” katanya di sini hari ini.
Terdahulu, tular sejak semalam di media sosial yang menyatakan hampir 30 penjaja di Pasar Datuk Keramat didakwa positif Covid-19 selepas ujian saringan dilakukan. K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929














