fbpx

Christensen ada cara sekat pergerakan Kane

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHRISTENSEN mengakui dia dan rakan sepasukannya di benteng pertahanan bersedia untuk menambat pergerakan Kane awal pagi esok. – AFP

LONDON – Pemain pertahanan Denmark, Andreas Christensen melaungkan keyakinan bahawa mereka tidak gentar dengan kemampuan penyerang England, Harry Kane menjelang aksi separuh akhir Euro 2020 di Wembley awal pagi esok.

Kane yang sebelum ini dikecam hebat akibat aksi longlai dalam saingan peringkat kumpulan kembali menemui sentuhan sebenar apabila sudah meledak tiga gol sebaik saingan memasuki fasa kalah mati.

Pemain Tottenham Hotspur itu pastinya berada dalam keada­an terbaik selepas meledak satu gol ketika membenam Jerman 2-0 selain menjaringkan dua gol ketika menang 4-0 ke atas Ukraine sebelum ini.

Bagaimanapun, Christensen percaya dia dan rakan sepasukan sudah bersedia untuk merantai pergerakan penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) itu pada pertemuan awal pagi esok.

“Kami tahu kualiti yang dia (Kane) miliki dan kami juga ada ramuan tersendiri untuk menyekatnya nanti. Tidak dinafikan dia adalah pemain yang sangat berbahaya apabila bola berada di kakinya.

“Saya tahu sukar untuk bersaing dengannya secara fizikal kerana dia sangat bijak mencari posisi yang sesuai. Kami akan cari kelemahannya dan ambil kesempatan di situ.

“Selain itu, Pierre-Emile (Hojbjerg) juga mungkin boleh berkongsi sedikit mengenai kemampuan Kane kerana mereka bermain bersama di Tottenham Hotspur,” kata Christensen.

Pada masa sama, pemain Chelsea itu juga percaya mereka berpeluang mara ke perlawanan akhir kerana pernah menewaskan England 1-0 di Wembley pada saingan Piala Negara-Negara Eropah Oktober lalu.

“Kami akan jadikan kemena­ngan sebelum ini sebagai panduan dan tidak mustahil kami boleh ulanginya. Mereka akan mendapat sokongan padu penyokong sendiri tetapi teka­nan tetap ada.

“Saya tidak mahu meremeh­kan pasukan sendiri kerana kami juga memiliki pemain berkualiti. Sebagai satu pa­sukan, saya tidak fikir England memiliki kelebihan yang ketara,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI