fbpx

Awan UFO muncul di Aceh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AWAN UFO kelihatan di langit Desa Punge, Kota Banda Aceh semalam. - Liputan6.com/istimewa

JAKARTA – Fenomena awan menyerupai objek terbang tidak dikenali (UFO)  muncul di  langit Desa Punge, Kecamatan Jaya Baru di  Kota Banda Aceh petang semalam, lapor porta berita liputan6.com

Badan Meteorologi Iklim dan Geofizik (BMKG) menyebut, awan tersebut adalah antara pembentukan awan berbahaya bagi penerbangan.

“Awan berbentuk UFO ini disebut wan Lenticularis atau bahasa biasa, awan topi atau awan tudung. Ia berbahaya untuk  penerbangan,” kata pegawai  BMKG Meulaboh-Nagan Raya, Rezky P Hartiwi hari ini.

Beliau berkata,  awan Lenticularis berbahaya kepada  pesawat kerana boleh mengakibatkan pergolakan udara  yang kuat, manakala  pesawat yang terbang rendah akan  menghindari awan tersebut.

Menurutnya, awan tersebut juga dikaitkan dengan hujan dan angin kencang.

“Kalau boleh duduk sahaja di rumah, jika perlu keluar juga mohon  waspada dan hati-hati,” katanya.

Rezky memberitahu, awan UFO  biasa berlaku di sekitar gunung atau bukit akibat tiupan  angin di kawasan pegunungan.

Terdahulu, komuniti  Kota Banda Aceh  terpegun melihat  awan berbentuk UFO tersebut.  Ramai penduduk mengambil peluang mengabadikan awan aneh itu menggunakan kamera telefon bimbit masing-masing. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI