fbpx

21 kilang tiada kebenaran MITI diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior Faridalathrash Wahid (kiri) memeriksa keadaan sebuah kilang automotif dalam Op Patuh Tim Pemantauan Bersepadu Ketua Polis Perak di Daerah Muallim hari ini. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

TANJUNG MALIM – Sebanyak 76 kompaun dikeluarkan dan 21 kilang diarah tutup sejak 1 Jun lalu hingga semalam setelah didapati beroperasi tanpa kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kompaun tersebut dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 6,379 buah kilang di kawasan perkilangan dan perindustrian di seluruh negeri.

“Berdasarkan pemeriksaan, kilang-kilang itu mempunyai surat kebenaran beroperasi daripada MITI namun setelah semakan dilakukan, perakuan semasa memohon adalah berbeza dengan jenis perniagaan yang dijalankan.

“Oleh itu, kesemua kilang yang ingkar SOP telah dikompaun dan diarah tutup oleh MITI,” katanya pada sidang akhbar selepas menyertai Op Patuh: Tim Pemantau Bersepadu Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai operasi yang dijalankan hari ini, beliau berkata, 10 buah kilang diperiksa membabitkan daerah Muallim, Perak Tengah dan Kampar.

Katanya, daripada pemeriksaan itu, tujuh kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan iaitu satu kompaun kerana majikan gagal memastikan jarak fizikal katil pekerja, tidak melakukan imbasan MySejahtera (empat) dan tidak memakai pelitup muka (dua). – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI