fbpx

Tujuh kilang diarah tutup di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Sebanyak 11 kompaun telah dikeluarkan kepada pihak majikan di negeri ini menerusi Ops Patuh yang dilaksanakan secara besar-besaran ke atas kilang-kilang bermula 2 Julai hingga hari ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, kompaun tersebut dikeluarkan hasil pemeriksaan yang telah dibuat pihaknya bersama beberapa agensi lain ke atas 335 buah kilang dan asrama kilang.

“Kita telah keluarkan sebanyak 11 kompaun atas pelbagai kesalahan dan daripada sejumlah 335 buah kilang yang diperiksa itu, sebanyak tujuh buah kilang telah diarahkan tutup.

“Ops Patuh ini dilakukan secara bersepadu dan kita pergi antaranya bersama pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD),” katanya ketika wawancara berkaitan Ops Patuh bersama stesen radio NegeriFM di sini hari ini.

Jelas beliau, antara faktor kilang diarahkan tutup adalah beroperasi tanpa kebenaran MITI serta pihak PKD mendapati terdapat kes Covid-19 di kilang tersebut.

Tambah Mohamad, tumpuan dalam Ops Patuh adalah bagi memastikan semua kilang yang beroperasi mendapat kebenaran daripada pihak MITI selain mematuhi syarat yang dibenarkan.

“Di negeri ini terdapat sebanyak 448 buah kilang dan tidak semuanya beroperasi dan bukan semuanya menjalankan perkhidmatan perlu.

“Jika dapat kebenaran pun, kita akan lihat pematuhan syarat beroperasi seperti hanya 60 peratus kehadiran pekerja dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang lain seperti penggunaan MySejahtera,” katanya.

Beliau berkata, agensi-agensi lain seperti pihak berkuasa tempatan (PBT) juga akan membantu dalam operasi jika ada kesalahan-kesalahan lain yang dilakukan oleh pihak kilang.

“Seramai 230 orang anggota dan pegawai polis akan terlibat dalam Ops Patuh di negeri ini setiap hari,” katanya lagi. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI