fbpx

Hebahan guru baharu dikeluarkan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA –  Hebahan bagi pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara one-off tahun 2021 seperti yang diumumkan Menteri Kanan Pendidikan pada 20 Jun lalu akan dikeluarkan selewat-lewatnya 5.30 petang esok.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) dalam satu kenyataan memaklumkan, pengambilan khas itu akan mengutamakan graduan pendidikan sama ada lepasan universiti awam, swasta ataupun luar negara.

“Urusan ini akan diperluas kepada graduan bukan iktisas pendidikan melalui kepelbagaian kaedah pelantikan pada fasa berikutnya jika masih terdapat kekosongan yang tidak dapat ditampung oleh graduan pendidikan,” katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu, SPP menyarankan calon-calon yang terlibat agar bersedia dan sentiasa melayari laman web dan platform media sosial rasmi suruhanjaya itu bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan urusan temu duga pengambilan khas ini.

Pada 20 Jun lalu, Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan program pengambilan khas secara one-off melibatkan 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 bagi menyelesaikan masalah kekurangan guru di negara ini.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, iklan pengambilan khas tersebut akan dikeluarkan pada 7 Julai depan dengan penempatan secara berperingkat akan bermula pada Oktober 2021. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI