fbpx

Fesyen gaya semasa jadi pilihan ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SETIAP kejayaan sesebuah jenama itu perlu ada kesinambungan antara satu sama lain bagi memahami karakter setiap rekaan.

REKAAN yang mampu bertahan lama, sesuai dengan gaya hidup semasa dan praktikal merupakan elemen penting bagi memastikan sesebuah jenama fesyen itu sentiasa diterima ramai serta mempunyai pengikut setia tidak mengira latar belakang.

Perkara tersebut menjadi nadi kepada salah satu jenama fesyen terkemuka tanah air iaitu Azammoff.

Jenama itu akan memastikan setiap koleksi rekaan yang dihasilkan berlatarkan kualiti, keselesaan fabrik dan potongan.

Selain itu, ia juga hendaklah praktikal dipakai mengikut kesesuaian koleksi sama ada di rumah, pejabat dan acaraacara tertentu seperti acara kasual, formal serta majlis perkahwinan dengan kelas tersendiri.

Menurut pemilik jenama Azammoff, Azam Osman, pihaknya menyediakan rekaan sedia pakai dan perkhidmatan tempahan individu yang dibantu oleh pereka fesyen dan tenaga kerja mahir
dalam bidang jahitan, sulaman dan batik buatan tangan.

Azam percaya, dalam setiap kejayaan sesebuah jenama itu perlu mempunyai kesinambungan antara satu sama lain.

FABRIK kapas dan linen sinonim selesa dengan cuaca panas di negara ini.

Ini katanya, bagi memahami karakter setiap rekaan yang memiliki identiti dan pengikut tersendiri.

“Kami menekankan koleksi pada jenama Azammoff perlu ada DNA yang membolehkan pelanggan mempunyai cita rasa yang bersesuaian dengan diri mereka.

“Saya percaya, setiap jenama ada peminat tersendiri dan kita sebagai pereka perlu mempunyai asas dan hala tuju dalam setiap rekaan yang dihasilkan,” katanya yang berpengalaman 17 tahun dalam industri fesyen tanah air.

Tambahnya, koleksi jenama Azammoff terdiri daripada koleksi untuk lelaki dan wanita seperti pakaian tradisional melayu, batik kasual dan formal, pakaian rasmi ke pejabat serta busana perkahwinan.

Para pelanggan juga boleh memilih untuk membuat tempahan peribadi atau mendapatkan koleksi sedia untuk dipakai.

KOLEKSI jenama Azammoff juga membawakan koleksi untuk lelaki seperti batik kasual dan formal.

Secara asasnya, setiap tempahan peribadi mengambil masa tiga hingga 30 hari untuk disiapkan.

Mengulas lanjut mengenai penggunaan fabrik kain kapas dan linen, dia percaya fabrik itu akan sentiasa sinonim selesa dengan keadaan fizikal dan cuaca di Malaysia.

Fabrik itu juga mempunyai kelas tersendiri dan Azam berpendapat, sebagai pereka perlu kreatif dan percaya dengan kesesuaian potongan, warna dan perincian bagi memenuhi selera pembeli.

Kebanyakan pelanggan jenama itu adalah golongan yang aktif bekerja bermula daripada umur 25 hingga 60 tahun.

“Setiap pembeli mempunyai sensitiviti, karakter dan selera tersendiri dan kita perlu sentiasa peka dalam
rekaan serta perkhidmatan yang diberi sebelum, semasa atau selepas urus niaga.

“Pereka seharusnya berkongsi ilmu serta pengalaman bersama pelanggan bagi memastikan setiap pembelian atau tempahan itu menepati kehendak pelanggan, seterusnya menjadikan jenama kita dalam pilihan mereka,”ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI