fbpx

Bukan lari operasi tapi panik penggera kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan sekumpulan pekerja memanjat pagar kilang di Seksyen 22 Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Sekumpulan pekerja yang tular dikatakan memanjat pagar dari sebuah premis menjalankan perkhidmatan kurier di Seksyen 22 bukan disebabkan operasi penguatkuasaan sebaliknya panik bunyi penggera kebakaran.

Kejadian berlaku antara pukul 4.30 hingga 5 petang tadi sebelum tular di laman sosial menerusi satu video berdurasi 56 saat.

Berdasarkan video tersebut, perakam berkenaan menyatakan operasi berlaku di kilang berkenaan sehingga menyebabkan pekerja sanggup melompat pagar sebelum mereka melarikan diri kawasan perumahan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku disebabkan masalah pada penggera kebakaran.

Katanya, hasil pengesahan daripada ketua keselamatan premis itu juga mendapati mereka dalam proses pemeriksaan sistem pendawaian.

“Bunyi penggera itu menyebabkan pekerja panik dan lari keluar kerana risau ada kebakaran.

“Tambahan, tiada sebarang operasi yang dijalankan di syarikat tersebut oleh pihak polis atau mana-mana agensi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan syarikat tersebut baharu sahaja diambil alih oleh sebuah syarikat berasaskan logistik pada 1 Jun lau.

“Memandangkan syarikat itu baharu sebulan beroperasi, ramai pekerja dan pengurusan belum di dedahkan dengan ilmu latihan kebakaran.

“Ini termasuk lokasi berhimpun dan pelan tindakan kecemasan atau kebakaran,” jelasnya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI