fbpx

Lelaki dakwa rakam UFO besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelihatan empat cahaya berwarna terang keluar dari formasi ‘UFO’ berbentuk segi tiga itu. - Matthew Evans/SWNS

LONDON – Seorang lelaki berjaya merakam gambar yang didakwa objek terbang tidak dikenali (UFO) di tepi laut di Devon, England, lapor portal berita MailOnline semalam.

Matthew Evans, 36, merakam gambar objek tersebut berlegar-legar di udara di tengah laut selama 10 saat sebelum hilang daripada pandangan.

Menurutnya, dia merakam gambar itu dari tingkap pangsapurinya pada waktu malam dan melihat dengan jelas bentuk UFO tersebut.

Gambar itu memaparkan  empat cahaya berwarna terang keluar daripada formasi ‘UFO’ berbentuk segi tiga itu.

“Ia tidak terbang seperti pesawat biasa.

“Objek itu bergerak sangat perlahan dan turun naik sebelum hilang selepas 10 saat,” kata Evans.

Tambahnya, objek tersebut turut memancarkan cahaya yang amat terang.

“Saya tidak pasti identiti sebenar objek itu, jadi saya membuat keputusan untuk merakam gambar.

“Sukar untuk menjelaskan, namun saya berpendapat ia adalah UFO,” ujarnya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI