fbpx

Finas tidak telus isu tawaran DKD?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asri mendakwa Finas tidak telus dalam isu pemberian dana DKD.

PETALING JAYA – Pengumuman senarai syarikat yang berjaya mendapat surat tawaran Dana Kandungan Digital (DKD) oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) baru-baru didakwa tidak telus dan mempunyai agenda tersendiri.

Dakwaan tersebut disuarakan oleh penerbit serta pengarah, Asri Alias yang menyifatkan kualiti serta kejayaan industri kreatif tanah air akan terus berada pada tahap sama sekiranya keadaan seperti ini masih lagi berlaku.

“Bila keadaan ini nak berakhir, saya kecewa dengan proses pemilihan yang dilakukan Finas, ramai yang bersengkang mata untuk menyiapkan treatment, skrip serta dokumen yang diperlukan untuk memohon dana DKD.

“Saya sendiri telah hantar satu permohonan terhadap skrip yang pernah memenangi pertandingan skrip terbaik anjuran Finas sebelum ini. Malangnya syarikat produksi saya langsung tidak dipanggil untuk proses ‘pitching’,” jelasnya kepada Kosmo! hari ini.

Terdahulu, Finas telah menyenaraikan 81 syarikat produksi sebagai penerima DKD dengan jumlah dana sebanyak RM46.99 juta merangkumi kategori Dana Filem Cereka, Dana Dokumentari, Dana Pemasaran serta Dana Program TV/OT telah dibuka pada tahun lalu.

Tambah Asri, bagi mengetahui punca syarikatnya tidak terpilih, Asri pernah menyuarakan persoalan tersebut kepada Pengerusi FINAS sendiri, Zakaria Abdul Hamid sewaktu bertemu dengannya dalam satu majlis sebelum ini.

Katanya, dia telah dimaklumkan bahawa punca kegagalan syarikat produksinya tersenarai dalam sesi permohonan dana DKD itu adalah disebabkan, syarikat miliknya itu tidak memiliki sebarang pengalaman dalam penghasilan filem.

“Saya terkejut mendengar kenyataan beliau itu. Benar, syarikat produksi saya tidak pernah menghasilkan apa-apa filem. Tapi kami bukanlah sebuah syarikat produksi baharu.

“Sebaliknya, syarikat produksi kami ini telah menghasilkan bermacam siri dokumentari dan drama televisyen sejak ditubuhkan pada tahun 2013,” katanya.

Untuk rekod, borang syarat kelayakan serta kriteria permohonan dana berkenaan tidak meletakkan satu klausa yang mengatakan pemohonan dana DKD itu hanya dibuka kepada mereka yang berpengalaman serta pernah menerbitkan filem.

“Saya akan lakukan tindakan selanjutnya bagi mendedah serta menghalang perkara seperti ini dari terus berlaku,” ujarnya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI