fbpx

Rutin harian Farahdhiya mengiurkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUTIN memasak Farahdhiya dilihat serba meriah dan mengiurkan.

DALAM banyak Instagram selebriti, Diva paling rajin belek Instagram si artis putih gebu, siapa lagi kalau bukan Farahdhiya.

Bukan nak mencari gosip atau apa, tapi Diva suka tengok resipi masakan yang dikongsikan pelantun lagu Bertakhta Di Hati itu.

Kalau jengah kandungan Instagram artis lain, rata-rata yang banyak mereka kongsikan adalah gambar-gambar swafoto pakaian atau untuk hari ini (OOTD), atau paling tidak, jenama solekan dan produk kecantikan apa yang digunakan.

Farahdhiya pula banyak berkongsi video resipi masakan air tangan sendiri.

Tidak sangka rupanya selebriti kacukan Melayu-Inggeris itu pandai memasak, termasuk masakan kampung. Sambil-sambil tu, boleh juga Diva belajar memasak. Tidaklah hari-hari ‘order’ daripada ‘cik panda’ sahaja.

Rasanya, beruntung sunguh siapa yang dapat menawan hati si cantik manis itu ya. Tentu-tentu kebajikan perutnya terjaga. Maklumlah rajin ke dapur.

DIVA: Hari-hari menunggu video ‘bebelan’ pengarah Michael Ang dalam Instagram. Seronok dengar dia kupas isu-isu semasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI