fbpx

Biri-biri jadi mangsa kajian makhluk asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kambing biri-biri didakwa menjadi mangsa eksperimen makhluk asing dengan mengeluarkan bahagian badan haiwan tersebut. - Getty Images

LONDON – Seorang pemburu objek terbang tidak dikenali (UFO) mendakwa, makhluk asing telah membunuh ribuan kambing biri-biri di Britain dalam beberapa siri eksperimen aneh yang dijalankan, lapor akhbar Daily Star semalam.

Carl Nally, yang menyiasat insiden kematian 600 ekor kambing biri-biri di sebuah ladang di utara Ireland berkata, dalam tempoh beberapa tahun lepas, ratusan petani melaporkan banyak kejadian haiwan ternakan mereka mati secara misteri.

Dia berpendapat pembunuh haiwan-haiwan itu sebenarnya terdiri daripada makhluk asing.

Dalam buku yang ditulisnya, Circle Of Deceit: A Terrifying Alien Agenda In Ireland And Beyond, Nally dan penulis bersama, Dermot Butler mendakwa, makhluk asing sedang melakukan eksperimen terhadap kambing biri-biri.

“Kami telah mengkaji dan menyiasat sebuah ladang yang menyaksikan 600 ekor haiwan di situ telah menjadi mangsa prosedur pembedahan aneh dalam tempoh 20 tahun, di mana beberapa bahagian badannya dikeluarkan. 

“Kami percaya teknologi yang digunakan dalam pembedahan tersebut adalah amat canggih dan berasal dari dunia lain,” katanya.

Sementara itu, Nally menambah, kebimbangannya buat masa ini adalah berkemungkinan manusia pula bakal menjadi mangsa seterusnya. 

“Manusia berdepan dengan insiden pembedahan sama yang dilakukan ke atas pelbagai spesies haiwan menggunakan teknologi kecerdasan yang sangat canggih, tidak dikenali dan hebat,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI