fbpx
Laman media sosial dibanjiri dengan seruan mengibarkan bendera hitam di hadapan rumah, kedai, jalanan atau mana-mana lokasi dirasakan sesuai yang didakwa sebagai tanda kekecewaan rakyat terhadap kerajaan.

PDRM siasat kempen kibar bendera hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka siasatan berhubung kempen kibar bendera hitam yang diwar-warkan menerusi laman media sosial sejak beberapa hari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, pihaknya sedia maklum berhubung kewujudan kempen tersebut dan memaklumkan satu kertas siasatan mengenainya telah dibuka.

“Untuk makluman, satu kertas siasatan berhubung perkara itu telah dibuka di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Setakat ini kami belum memanggil mana-mana individu untuk dirakamkan keterangan memandangkan ia masih baru dan pihak polis sedang mengesan mereka yang terlibat dengan kempen ini,” katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, laman media sosial dibanjiri dengan seruan mengibarkan bendera hitam di hadapan rumah, kedai, jalanan atau mana-mana lokasi dirasakan sesuai yang didakwa sebagai tanda kekecewaan rakyat terhadap kerajaan.

Orang ramai turut diminta mengambil gambar dan memuat naik ke media sosial secara serentak pada pukul 3 petang hari ini dengan menggunakan tanda pagar #Lawan sebagai tanda sokongan terhadap kempen tersebut.

Kempen berkenaan muncul selepas satu lagi kempen serupa iaitu kempen kibarkan bendera putih bagi membantu golongan yang terkesan akibat Covid-19 mendapat sambutan masyarakat. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929