fbpx

Kanak-kanak maut akibat renjatan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian seorang kanak-kanak lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika cuba mengambil layang-layang tersangkut pada tiang elektrik dalam kejadian di Tuaran tengah hari tadi. - Foto: Ihsan IPD Tuaran

TUARAN – Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik semasa cuba mengambil layang-layang yang tersangkut pada tiang elektrik di kawasan tanah lapang Kampung Tembiluk, Mengkabong tengah hari tadi.

Mangsa yang berusia 10 tahun itu dipercayai bermain layang-layang di kawasan berkenaan yang juga tapak bekas sawah padi pada pukul 12.45 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd. Hamizi Halim berkata, siasatan awal mendapati mangsa bermain bersama rakannya yang berusia 12 tahun sebelum layang-layangnya dipercayai tersangkut pada sebatang tiang elektrik.

“Mangsa menggunakan batang besi untuk mendapatkan semula layang-layangnya. Tindakan itu mengakibatkan mangsa terkena renjatan elektrik dan tidak sedarkan diri.

“Bapa mangsa hanya menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan adik iparnya yang melihat kanak-kanak itu terbaring di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mangsa yang melecur separuh badan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tuaran.

Mayat kanak-kanak itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuaran bagi proses prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 sebelum dibedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga laporan penuh bedah siasat diperoleh,” katanya. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI