fbpx

Gangguan bekalan air perumahan polis Sandakan ditangani segera – Bung Moktar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bung Moktar (tengah) ketika mengadakan lawatan di kawasan perumahan polis Taman Tinosan Batu Empat, Sandakan ekoran mengalami gangguan bekalan air yang teruk.

SANDAKAN – Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta jurutera daerah Jabatan Air Sandakan mengemukan laporan serta permohonan bagi mendapatkan peruntukan Jabatan Air Negeri agar dapat menangani masalah gangguan bekalan air di kawasan perumahan polis Taman Tinosan Batu Empat.

Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, perkara itu membimbangkan penduduk apabila gangguan bekalan air terbabit boleh berlarutan sehingga beberapa hari berikutan kerosakan tangki utama tempat penyimpan yang pecah sekaligus mengganggu proses membekalkan air ke kawasan perumahan berkenaan.

“Dalam lawatan ini, saya dapati keadaan tangki di kawasan ini sudah tidak berfungsi malahan ada yang pecah serta perlu diganti dan diperbaiki segara sebagai pusat simpanan air yang akan membekalkan air ke kawasan perumahan polis termasuklah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan.

“Saya sudah meminta jurutera daerah supaya mengemukakan laporan dan permohonan peruntukan.

“Kita mahu masalah di kawasan ini dapat ditangani segera,” katanya dalam kenyataan selepas mengadakan lawatan ke kawasan terbabit baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Azhar Mohd. Hamin, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya (KKR) Sabah, Benedict Asmat dan Jurutera Air Daerah Sandakan, Duane Alvin William.

Sementara itu, Bung Moktar menyatakan kerja pembaikan dan pengantian tangki baharu bakal dilaksanakan dalam tempoh terdekat sebaik sahaja laporan dan permohonan peruntukan diluluskan.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI