fbpx
Cheng Congrong (kanan) meninggal dunia pada 2003 akibat kanser paru-paru dan meninggalkan puluhan rakaman suara buat ibunya yang uzur. - Oddity Central

Wanita ditipu 20 tahun bahawa anak masih hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING  – Seorang wanita di China terpaksa menipu neneknya selama 13 tahun kerana mahu  menjaga hati warga emas tersebut, lapor laman berita  Oddity Central kelmarin.

Cheng Jing, 46, melakukan perkara itu bagi mengelak  neneknya, Xi’an mendapat tahu bahawa anak perempuannya, Cheng Congrong iaitu ibu Jing telah lama meninggal dunia lebih awal.

Mendiang Congrong meninggal dunia pada 2003 akibat kanser paru-paru, namun sempat merakamkan puluhan mesej suara untuk dimainkan kepada Xi’an selepas dia tiada.

Hal itu berjalan lancar buat beberapa tahun,  namun selepas beberapa ketika, Xi’an mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan suara anaknya dalam panggilan telefon.

“Menyedari hal itu, saya mengupah seorang wanita yang mempunyai suara mirip ibu untuk meyakinkan nenek bahawa anaknya berada dalam keadaan baik.

“Pada mulanya, nenek agak sangsi tetapi selepas diyakinkan cucu-cucunya, dia boleh menerima bahawa itu adalah suara ibu,” kata Jing.

Seorang wanita bernama Cheng Jing terpaksa menipu neneknya selama hampir 20 tahun bagi mengelak berita kematian ibunya terbongkar. – Oddity Central

Sejak Congrong meninggal pada 2003, Xi’an sering meluahkan kerinduan pada anak perempuan yang sudah tidak pulang bertemunya hampir 20 tahun.

Ketika menyambut ulang tahun ke 100 baru-baru, Xi’an sekali lagi bertanya kepada Jing  mengapa ibunya tidak turut pulang meraikan hari lahirnya.

“Kami memberi alasan ibu sibuk menjaga cucu baharu di bandar. Nenek sangat sedih kerana sudah 20 tahun tidak berjumpa anaknya.

“Beberapa bulan selepas sambutan hari lahirnya, nenek meninggal dunia dengan hasrat berjumpa ibu tidak kesampaian,” kata Cheng.

Tambah wanita itu, keluarganya terpaksa menipu Xi’an kerana tidak mahu berita kematian Congrong menghancurkan hati neneknya yang pasti tidak boleh menerima kenyataan mendiang mati lebih awal berbanding dia.

Ibu Cheng ialah anak tunggal dan dibesarkan oleh neneknya sendirian yang berkorban apa sahaja bagi memastikan Congrong mendapat kehidupan terbaik. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN