fbpx

Mana nak luah rasa kecewa, resah kalau bukan kepada pemimpin – Bront

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CIAPAN Bront semalam menerusi Twitter menerima maklum balas daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Syed Saddiq.

PETALING JAYA – Beberapa ciapan pelakon hebat, Bront Palarae dalam Twitter semalam yang membidas bukan sahaja pihak kerajaan bahkan pembangkang mendapat maklum balas daripada pemimpin pembangkang.

Antara yang mengambil maklum luahan Bront atau nama lengkapnya Nasrul Suhaimin Saifuddin, 43, termasuklah ketua pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin muda yang juga ahli parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Kami ambil maklum dan meminta ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) bekerja lebih keras untuk bantu rakyat,” ciap Anwar.

Bront membalas ciapan tersebut: “Terima kasih atas pencerahan dan teruskan yang baik.

“Kami rakyat apabila tertekan dan terkesan, kepada siapa lagi kami nak luahkan keresahan serta kekecewaan kami kalau bukan kepada pemimpin? Mohon maaf kalau tersinggung, tapi gunalah ruang ini sebagai peluang untuk yakinkan kami.”

Dalam pada itu, Syed Saddiq memohon maaf sekiranya pihak pembangkang kurang bekerja keras dalam membantu hal berkaitan kesusahan dan penderitaan rakyat.

“Saya betul-betul minta maaf kerana gagal. Permohonan maaf tidak cukup. Kami akan buat lebih baik dan bekerja lebih keras.

“Kalau ada sebarang maklum balas dan cadangan, saya sedia mendengar,” ciap Syed Saddiq yang juga merupakan pengasas bersama parti Malaysian United Democratic Alliance (Muda).

Semalam, Bront memuat naik beberapa ciapan meluahkan rasa kekesalan dan kekecewaan atas apa yang berlaku sekarang terhadap negara Malaysia yang tercinta terutama disebabkan pandemik Covid-19.

Tidak hanya meletakkan kesalahan di bahu pihak kerajaan semata-mata, Bront yang awal tahun lalu memenangi Pelakon Lelaki Terbaik (Digital) menerusi drama The Bridge 2 pada Anugerah Televisyen Asia (ATA) ke-25 turut menyalahkan pihak pembangkang yang tidak bersatu padu dalam meringankan beban rakyat.

“Kerajaan gagal sebab pembangkang lemah, pilihan yang ada cuma kita jaga kita (rakyat jaga rakyat).

“Kita hanyalah statistik dan nombor untuk mereka. Kalau anda terus membiarkan ini berlaku, anak-anak anda akan jadi mangsa seterusnya,” ciapnya menerusi Twitter yang menerima respons pelbagai netizen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI