fbpx

Harimau Selatan sedia membalas dendam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORA (kiri) percaya anak-anak buahnya akan berjuang habis-habisan menentang Pohang Steelers pada aksi Kumpulan G, ACL di Stadium Rajamangala, Bangkok malam ini. - JOHOR SOUTHERN TIGERS

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) berhasrat untuk melunaskan misi membalas dendam apabila bertemu sekali lagi dengan kelab Pohang Steelers pada aksi Kumpulan G, Liga Juara-juara Asia (ACL) di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand malam ini. 

Pengendali JDT, Benjamin Mora berkata, hanya kemenangan menjadi buruan skuad Harimau Selatan bagi menebus kekalahan mereka tempoh hari sekali gus menghidupkan peluang pasukan untuk melangkah ke pusingan seterusnya. 

Mora, 42, memberitahu, segala rahsia juara tiga kali ACL itu sudah berada dalam poket JDT dan akan pastikan pisang tidak berbuah dua kali. 

“Kami bertekad untuk tebus kekalahan tempoh hari dengan memperbaiki kelemahan pasukan serta beraksi dengan lebih baik berbanding aksi sebelum ini. 

“Tambahan pula, kita sudah dapat membaca permainan Pohang serta tahu kemampuan mereka di atas padang dengan lebih terperinci berbekalkan pengalaman lalu. 

“Kami sudah bersiap sedia menjelang pertemuan itu dan berhasrat untuk merangkul tiga mata bagi menghidupkan peluang dalam kempen ini. Kita tidak boleh tewas lagi sekiranya terus berada dalam saingan ini,” katanya. 

JDT kini menduduki tangga ketiga Kumpulan G selepas mengutip tiga mata apabila mencatatkan satu kemenangan ketika menentang wakil tuan rumah, Ratchaburi FC.

Dua lagi perlawanan menentang Steelers dan kelab dari Jepun, Nagoya Grampus berakhir dengan kekalahan 0-1 dan 1-4. 

Pengendali kelahiran Mexico itu berkata, pemain JDT akan berjuang habis-habisan pada perlawanan itu bagi memperbaiki kedudukan dalam saingan peringkat kumpulan. 

Jelasnya, para pemain sudah bersedia dari segi fizikal dan mental menjelang perlawanan itu biarpun mengharungi jadual perlawanan yang padat. 

“Jadual perlawanan yang padat memberi kesan kepada mental dan fizikal pemain. Tiga sepakan penalti yang dihadiahkan kepada pasukan lawan juga bukan sesuatu yang normal.

“Pemain dituntut untuk memberi tumpuan penuh pada perlawanan itu dan mengelakkan daripada melakukan kesilapan sama. Pada masa sama, kami akan cuba menjadi lebih berbisa di jentera serangan bagi memanfaatkan peluang mencipta jaringan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI