fbpx

Sooka wujud ikut selera anak muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKHIDMATAN penstriman Sooka membolehkan pengguna menonton rancangan pilihan bila-bila masa dan di mana sahaja.

SEJAK akhir-akhir ini, kewujudan banyak perkhidmatan penstriman membolehkan pengguna mempunyai pilihan sama ada untuk menonton filem ataupun rancangan hiburan di mana-mana sahaja tanpa mengira waktu.

Netlix, Viu, iFlix, Mubi dan lain-lain antara platform penstriman yang popular dalam kalangan pengguna untuk menonton filem mahupun rancangan pilihan jika ada masa terluang.

Terkini, Sooka menjadi platform penstriman terbaharu yang membawakan siaran langsung aksi sukan terbaik, rancangan hiburan tempatan serta siri-siri eksklusif dan original.

Ia merupakan perkhidmatan penstriman terbaharu di bawah syarikat televisyen berbayar Astro yang menawarkan kedua-dua kandungan percuma dan berbayar.

Diinspirasikan daripada perkataan ‘suka’, ia memberi tumpuan kepada pe­ngumpulan dan penyusunan kandu­ngan seperti siaran langsung aksi sukan global, drama dan program hiburan di negara ini.

Siri-siri eksklusif dan original Sooka pula sesuai dengan selera penonton ge­nerasi Y atau milenial menerusi platform Over-The-Top berasaskan versi mudah alih.

Generasi Y ditakrifkan kepada mereka yang lahir dari 1981 hingga 1994.
Disasarkan untuk memudahkan akses kandungan tempatan yang disukai golo­ngan milenial (Gen Y), Sooka berada di atas landasan betul untuk mencipta kandungan yang relevan.

SOOKA boleh dimuat turun ke peranti pintar dengan cepat dan mudah.

Ini menjadikannya lebih mudah diakses berbanding sebelum ini untuk penonton hiburan mobile-first atau yang mengutamakan kandungan versi mudah alih.

Ketua Rancangan Sooka, Emarina Mohd. Kamal berkata, Sooka hadir di saat para pengguna hari ini mengamalkan gaya hidup mudah alih menggunakan peranti pintar mereka.

Justeru katanya, mereka sudah ter­biasa menonton kandungan secara dalam talian.

“Peralihan trend menonton ini menyebabkan pengguna cepat menukar gaya hidup digital ‘norma baharu’, menjadikan kandungan hebat sebagai salah satu aset digital terpenting.

“Maka, tidak hairanlah mereka sangat bergantung kepada telefon pintar ma­sing-masing serta aktif di media sosial, selain sentiasa mencari kandungan terkini yang boleh ditonton di mana sahaja mereka berada,” katanya.

Tambahnya, kandungan Sooka adalah untuk tontonan terus dan ditawarkan pada harga mampu milik serta didatangkan dengan pelan langganan mudah.

Selain menawarkan langganan percuma bagi sesetengah kandungan, Sooka turut menawarkan dua pilihan pelan mudah mampu milik.

Pelan pertama membolehkan peminat tegar acara sukan menikmati akses tanpa had ke atas program secara langsung aksi sukan terbaik sepanjang tahun.

Pelan kedua dikenali sebagai VIP Entertainment pula menawarkan kandungan hiburan terbaik di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai drama, ranca­ngan dan filem tempatan serta siri-siri eksklusif dan original.

SOOKA turut membawakan siaran langsung Kejohanan EURO 2020 bagi membolehkan peminat sukan bola sepak tanah air tidak terlepas peluang untuk menontonnya.

Dalam pada itu, sempena UEFA EURO 2020 yang sedang berlangsung sekarang, Sooka me­lancarkan promosi istimewa untuk pelan VIP+Sports pada harga pe­ngenalan RM15.90 sebulan.

Ini membolehkan peminat sukan menikmati kesemua perlawanan UEFA EURO 2020 dan lain-lain aksi sukan secara langsung berserta pelbagai hiburan kegemaran dan siri original tempatan.

Dalam hal ini, Emarina menjelaskan, perbezaan utama Sooka dengan per­khidmatan penstriman lain adalah tawaran aksi sukan secara langsung untuk tontonan peminat tanpa mengira masa dan tempat.

“Kami menyediakan perancangan kandungan sukan mantap hingga ke hujung tahun.

“Ini bagi membolehkan kami terus membawakan yang terbaik untuk peminat sukan yang bukan sedikit jumlahnya di negara ini.

“Selain itu, kami turut menawarkan pelbagai pilihan siri drama Melayu premium terkini, rancangan hiburan serta pelbagai rancangan berbahasa Mandarin dan Tamil bagi memenuhi selera penonton yang pelbagai,” ujarnya.

Ujar Emarinai, pihaknya turut be­kerjasama dengan pencipta dan syarikat penerbitan terbaik dalam industri bagi menghasilkan siri original yang segar dan menarik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI