fbpx

Polis cek rumah ke rumah, kesan penduduk ‘hilang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Angkatan Tentera Malaysia memasang kawat duri berikutan PKPD di Taman Murni Sepang berkuat kuasa 30 Jun hingga 13 Julai di sini, hari ini. foto- FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Polis akan melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah di Taman Murni di sini bagi mengemas kini data bilangan penduduk kerana mengesyaki ada penduduk ‘hilang’ berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di taman berkenaan di bermula tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, penugasan tiga pasukan akan terus digerakkan bagi mengumpul data penduduk di taman berkenaan mulai hari ini.

Beliau berkata, seramai 44 pegawai dan anggota polis turut ditempatkan di kawasan berkenaan yang bertugas mengikut tiga syif di empat pos kawalan Taman Murni.

“Dalam pada itu, polis turut memohon bantuan daripada Jabatan Sukarelawan bagi membantu melakukan pemantauan sepanjang tempoh PKPD di taman tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kelmarin, kawad besi dengan panjang 600 meter siap dipasang oleh Angkatan Tentera Malaysia yang diutamakan di bahagian hadapan jalan besar taman memandangkan kiri dan kanan taman terdapat paya dan Sungai Sepang melibatkan perimeter keseluruhan taman 3.25 kilometer.

Terdahulu, sebanyak 80 kes positif jangkitan Covid-19 dikesan di Taman Murni di sini seterusnya menyebabkan PKPD dilaksanakan di taman tersebut tengah malam tadi.

Perintah PKPD itu membabitkan 2,000 penduduk daripada 520 keluarga yang menghuni taman itu.

Sebanyak 65 peratus penduduk membabitkan masyarakat India, Melayu (35 peratus) dan Cina (25 peratus) di taman berkenaan bekerja di pusat kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Sepang, syarikat industri di Nilai dan Bandar Baru Salak Tinggi serta bekerja sendiri. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI