fbpx

MR D.I.Y. sokong program eBelia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – MR D.I.Y. Group (M) Bhd. (MR D.I.Y.) ­menyokong inisiatif eBelia menerusi pemberian baucar pulangan tunai kepada penerima program berkenaan.

Naib Presiden Pemasaran MR D.I.Y. Group, Andy Chin berkata, bagi penerima yang me­nebus kredit eBelia menerusi ShopeePay, MR D.I.Y. memberikan baucar pulangan tunai RM5 yang boleh ditebus di cawangan MR D.I.Y. dan MR. DOLLAR dengan pembelian minimum RM10.

Bagi mereka yang me­nebus kredit eBelia menerusi Touch ‘n Go eWallet pula akan menerima­ baucar pulangan tunai RM2 yang boleh ditebus di cawa­ngan MR D.I.Y. dengan perbelanjaan minimum RM40.

“Baucar diberi berasaskan siapa cepat dia dapat dan terhad kepada satu baucar bagi setiap penerima eBelia.

“Kerjasama dengan dua penyedia e-dompet itu mem­bo­lehkan golongan belia mendapat lebih nilai daripada program tersebut, di samping mengga­lakkan ge­nerasi muda mengamalkan gaya hidup tanpa­ tunai.

“Kami mempunyai pelbagai rangkaian produk sesuai digunakan oleh pelajar dan golo­ngan belia untuk pem­belajaran, termasuk alat tulis, aksesori komputer dan telefon pintar.

“Ini membantu belia terus memenuhi ke­perluan gaya hidup dan pem­belajaran mereka tanpa perlu berbelanja secara keterlaluan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI