fbpx

Moyang nak namakan SRK, Abdur Rehman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAH RUKH KHAN

PELAKON Shah Rukh Khan (SRK) mendedahkan bahawa moyangnya telah memilih Abdur Rehman sebagai nama pilihan untuk diberikan kepadanya, namun selepas dilahirkan, nama tersebut tidak didaftarkan.

Bapanya, Meer Taj Mohammed Khan akhirnya memberikan nama Shah Rukh Khan yang bermaksud ‘wajah putera’.

Dalam satu temu bual menerusi rancangan Anupam Kher Show, Shah Rukh telah ditanya berhubung seseorang yang bernama Abdur Rehman.

Menjawab soalan tersebut, pelakon Kabhi Khushi Kabhie Gham itu memberitahu bahawa dia tidak pernah dengar tentang nama Abdur Rehman, namun mendedahkan bahawa moyangnya pernah berhasrat untuk memberikan nama sebegitu kepadanya ketika dilahirkan.

“Selepas dinamakan Shah Rukh Khan, moyang tetap mahu memanggil saya Abdur Rehman,” ujarnya.

Aktor dengan gelaran King Of Bollywood itu juga menambahkan, dia tidak dapat membayangkan jika ‘Abdur Rehman’ yang dimahukan moyangnya kini seorang pelakon popular.

“Bayangkan jika nama itu yang tertera di layar filem Baazigar, lakonan Abdur Rehman. Pasti kedengaran lucu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI