fbpx

Makan coklat waktu pagi kuruskan badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Makan coklat waktu pagi boleh membantu membakar lemak dalam badan. - Daily Star

BOSTON – Satu kajian baharu mendedahkan memakan coklat pada waktu pagi boleh membantu membakar lemak dalam badan, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.

Para saintis di Brigham dan Hospital Wanita di Boston, Amerika Syarikat (AS), memberikan coklat susu kepada 19 wanita selepas sejam bangun dari tidur dan satu jam sebelum tidur selama dua minggu.

Hasil kajian tersebut mendapati bahawa pengambilan coklat tidak memberi perbezaan dalam berat badan peserta dan malah sebenarnya mengurangkan berat badan.

Berdasarkan kesimpulan kajian, memakan coklat pada waktu pagi sebenarnya dapat membantu membakar lemak dan mengurangkan kadar glukosa dalam darah.

Ini mungkin disebabkan oleh flavanol, bahan kimia bermanfaat yang didapati secara semula jadi dalam koko meningkatkan pengoksidaan lemak.

Bagaimanapun, perbuatan memakan coklat pada waktu malam mendorng perubahan aturan pola tidur dan mengubah kadar metabolisme seseorang.

Sepanjang kajian, para peserta diizinkan untuk menikmati makanan lain termasuk hidangan manis selain daripada diet coklat susu mereka.

Saintis Pakar Saraf, Frank AJL Scheer, berkata memakan coklat memberi kesan berbeza jika diambil dalam dua waktu berbeza iaitu pagi dan malam.

“Dua waktu memakan coklat memberi impak berbeza pada tahap kelaparan dan selera makan, pengoksidaan substrat, glukosa puasa, mikrobiota, pola tidur dan suhu badan.

“Penemuan kami membuktikan bahawa faktor yang memainkan peranan adalah bukan sahaja apa yang dimakan tetapi juga waktu ia dimakan dapat mempengaruhi mekanisme fisiologi yang terlibat dalam pengaturan berat badan,” jelas Scheer. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI