fbpx

Takaful Ikhlas lancar Ikhlas Motor Takaful Covid-19 Relief

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful Ikhlas), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd., telah melancarkan inisiatif Ikhlas Motor Takaful Covid-19 Relief bagi membantu masyarakat mendapatkan perlindungan takaful motor dengan kadar sumbangan yang kompetitif dan berpatutan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas, Eddy Azly Abidin berkata, adalah inisiatif syarikat  untuk  membantu masyarakat yang  berdepan dengan masalah kewangan akibat  pandemik Covid-19, khususnya golongan B40 dan M40.

“Sepanjang tempoh pelaksanaan inisiatif Ikhlas Motor Takaful Covid-19 Relief ini, masyarakat boleh mendapatkan produk-produk takaful motor di Ikhlas  Private Car Comprehensive Takaful dan Ikhlas Private Car Comprehensive Plus Takaful dengan kadar sumbangan asas yang lebih rendah dan secara tidak langsung dapat mengurangkan jumlah keseluruhan sumbangan kepada perlindungan Takaful Motor,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Eddy Azly menjelaskan, inisiatif ini turut menawarkan manfaat tambahan Covid-19 Relief #weprotecteveryone iaitu elaun khas hospital sebanyak RM1,000 untuk rawatan di hospital atau manfaat tunai sebanyak RM1,000 kepada benefisiari apabila peserta atau orang yang dilindungi meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

Tambah beliau, turut ditawarkan juga adalah IKHLAS Waqf & Endowment (IWE) yang diberikan secara percuma kepada peserta. 

Jelasnya, Ikhlas Motor Takaful Covid-19 Relief ini juga ditawarkan dalam tempoh terhad sehingga 31 Julai ini  dan pihaknya telah menyediakan saluran secara online bagi memudahkan pelanggan mendapatkan produk yang ditawarkan syarikat dengan lebih cepat, mudah dan selamat.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI