fbpx

STPM 2020 diumum Khamis ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2020 akan diumumkan pada pukul 12 tengah hari, Khamis ini.

MPM dalam satu kenyataan berkata, calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta, persendirian dan individu boleh mendapatkan keputusan masing-masing melalui beberapa kaedah.

Menurutnya, kaedah itu antara lain melalui semakan keputusan penuh (slip keputusan) secara dalam talian melalui pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK.

“Calon juga boleh menyemak menerusi perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM<jarak>No. K/P<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 68886.

“Perkhidmata ini mulai dibuka pukul 11 pagi, Khamis sehingga  12 tengah hari, keesokan harinya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

MPM berkata, keputusan calon akan dihantar oleh MPM terus ke alamat e-mel calon bagi calon yang membekalkan alamat e-mel kepada pihaknya.

“Bagi calon yang tidak mempunyai capaian internet, pihak Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah akan mengenal pasti calon tersebut dan akan memaklumkan kaedah sesuai untuk calon mendapatkan keputusan peperiksaan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI