fbpx

Projek 4+1, Blackpink dan Taylor Swift

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERITA Blackpink bakal bergabung dengan Taylor Swift hangat diperkatakan.

KUMPULAN K-pop terkenal, Blackpink dikhabarkan bakal berkolaborasi dengan penyanyi pop terkenal, Taylor Swift menerusi projek 4+1 sempena ulang tahun kelima kumpulan tersebut.

Memetik laporan Allkpop, rata-rata peminat dalam media sosial heboh memperkatakan khabar angin tersebut lebih-lebih lagi setelah melihat koreografer kumpulan K-Pop itu mula mengikuti akaun Instagram Taylor.

Malah ada peminat yang mengatakan hal sebegitu sudah berlaku seperti sebelum ini, sebagaimana koreografer itu mengikuti akaun Instagram Selena Gomez ketika mereka bekerjasama untuk lagu Ice Cream.

Menjengah ruangan Twitter, peminat Blackpink iaitu Blinks rata-rata teruja dan tidak sabar pengumuman berita rasmi daripada YG Entertainment.

“Menurut sumber kolaborasi ini belum disahkan lagi tetapi beberapa penerbitan seperti Billboard sudah berikan petunjuk mengenainya.

“Sumber yang bercakap tentang kolaborasi Blackpink X Taylor Swift ini boleh dipercayai, jadi 100 peratus boleh jadi betul,” tulis peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI