fbpx

Dua lelaki maut kereta terjunam masuk parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta yang dinaiki mangsa terjunam masuk ke dalam parit besar di selekoh Kem Bina Negara, Tanjung Rhu, Sepang hari ini. - Foto Ihsan PDRM

SEPANG – Dua lelaki maut selepas kereta yang dinaiki terjunam ke dalam parit di selekoh Kem Bina Negara, Tanjung Rhu, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu,  kedua-dua mangsa dikenali, M. Sathish Kumar, 29, dan S. Pubalan, 28, mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan awal mendapati, sebelum kejadian berlaku kereta jenis Proton Perdana yang dipandu oleh Sathish Kumar dalam perjalanan dari arah Sungai Pelek menghala ke Banting.

“Bagaimanapun, kereta tersebut telah hilang kawalan apabila melalui satu selekoh dan terus terbabas masuk ke laluan bertentangan.

“Akibatnya, kereta itu telah terjunam ke dalam parit besar di tepi jalan sebelah kanan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI