fbpx

Tiada perancangan jual hartanah LTSAAS – MOF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

PUTRAJAYA- Kerajaan tiada perancangan untuk menjual mana-mana hartanah lapangan terbang di Malaysia, termasuk Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) kepada mana-mana pihak.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berkata, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) masih memiliki pajakan selama 60 tahun iaitu sehingga tahun 2067 ke atas tanah di mana terletaknya LTSAAS buat masa ini.

Menurutnya, MAHB bukan pemilik mana-mana 39 buah hartanah lapangan terbang yang berada di bawah kendaliannya termasuk LTSAAS.

“Hartanah lapangan terbang dianggap sebagai aset strategik kerajaan.

“LTSAAS merupakan salah satu lapangan terbang kendalian MAHB selaras dengan perjanjian operasi di antara kerajaan dan MAHB yang dimeterai pada tahun 2009,” katanya di sini hari ini.

LTSAAS merupakan salah satu daripada 39 lapangan terbang di bawah kendalian MAHB selaras dengan perjanjian operasi di antara kerajaan dan MAHB yang dimeterai pada tahun 2009.

MOF berkata, MAHB bagaimanapun masih merupakan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan aset sekitar LTSAAS.

Sebahagian tanah LTSAAS juga telah dipajakkan oleh MAHB kepada Subang Skypark Sdn. Bhd. bagi tempoh 30 tahun dari 2007 hingga 2037 merangkumi pengendalian Terminal 3, tempat letak kereta dan hangarage. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI