fbpx

Pemborong seleweng subsidi minyak masak diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Syarina (kanan) menunjukkan dokumen yang dirampas dalam serbuan ke atas sebuah premis pemborong minyak masak di Bandar Tun Razak, semalam.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya membongkar sekali gus melumpuhkan kegiatan penyelewengan bekalan minyak masak melibatkan nilai subsidi hampir RM1 juta di sebuah premis di Bandar Tun Razak di sini, semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kuala Lumpur, Nurul Syarina Md. Anuar berkata, pembongkaran tersebut dibuat setelah pihaknya menyerbu sebuah premis pemborong kira-kira pukul 12 tengah hari susulan maklumat dan risikan yang dilakukan.

“Pihak KPDNHEP telah berjumpa pemilik premis berusia 40 an serta menyita beberapa dokumen bagi siasatan lanjut dan pemeriksaan yang dilakukan mendapati syarikat tersebut memiliki lesen borong minyak masak dan telah beroperasi sejak Mac lalu dengan sumber bekalan daripada pengilang dan pembungkus di ibu negara, Selangor, Perak, Kedah serta Pahang.

“Bagaimanapun, syarikat itu disyaki telah membekalkan minyak masak kepada sebuah syarikat lain yang tidak berlesen di Johor Bahru, Johor,” katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, semakan yang dilakukan mendapati jumlah bekalan minyak masak yang dibekalkan kepada syarikat tidak berlesen itu bermula April lalu dianggarkan sebanyak 1.6 juta kilogram  (kg) melibatkan nilai subsidi kira-kira RM960,000.

“Kesemua minyak masak bersubsidi itu pula kemudiannya akan dipasarkan oleh syarikat tidak berlesen berkenaan ke luar negara.

“Siasatan masih dijalankan di bawah Peraturan 9(2)(b) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan syarikat atau individu diberi amaran keras agar tidak cuba menyeleweng serta melanggar undang-undang khususnya yang melibatkan barang kawalan,” tegasnya. -K !ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI