fbpx

51,500 kakitangan sektor pengangkutan mula terima vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ka Siong (kanan) bersama Khairy (tengah) melihat petugas kesihatan memberi suntikan vaksin kepada pekerja laut dan pekerja pelabuhan, hari ini. /FOTO ZULFADHLI ZAKI

KLANG – Seramai 51,500 kakitangan barisan hadapan sektor pengangkutan melibatkan pelaut, petugas pelabuhan, lapangan terbang, pengangkutan darat serta rel dijadualkan menerima vaksin Covid-19 secara berfasa, bermula hari ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, pemberian vaksin sektor pengangkutan bermula dengan program vaksinasi melalui melalui Pusat Pemberian Vaksin (PPV) swasta yang dikendalikan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) di sini.

Katanya, program itu akan melibatkan 10,000 pelaut dan petugas pelabuhan dengan kapasiti pengendalian PPV adalah seramai 1,000 orang sehari.

“Syarikat-syarikat pengangkutan terlibat dengan program ini akan menanggung secara bersama kos penyediaan PPV manakala bekalan vaksin diberikan secara percuma oleh kerajaan.

“LPK juga bertindak sebagai penyelia bagi petugas pelabuhan manakala Kumpulan Wang Pusat Perdagangan Laut (KWPPL) melalui Jabatan Laut Malaysia (JLM) menyelia bagi pelaut,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke PPV Sektor Pengangkutan (Maritim) di Dewan Kelab Sukan LPK, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Mengulas lanjut, Ka Siong memberitahu, program pemberian vaksin seterusnya akan melibatkan sektor pengangkutan udara yang dijangka bermula 5 Julai hadapan melibatkan 22,243 petugas lapangan terbang, kakitangan syarikat penerbangan dan petugas kargo di Bangunan Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ujarnya, bagi pengangkutan awam darat pula, beberapa PPV akan dibuka di beberapa lokasi di seluruh negara bagi memastikan 19,259 petugas rel dan pemandu bas dapat diberikan vaksinasi dalam masa terdekat. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI