fbpx

SIRIM lancar bank makanan untuk pekerjanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Sabirin menunjukkan beberapa barangan makanan yang diletakkan pada bank makanan di SIRIM Shah Alam, hari ini

SHAH ALAM – Prihatin dengan nasib yang menimpa beberapa pekerjanya yang terkesan ketika pandemik Covid-19 mendorong SIRIM melancarkan bank makanan mereka sendiri.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Datuk Dr. Ahmad Sabirin Arshad berkata, inisiatif tersebut dilakukan warga institut berkenaan bagi memastikan rakan sekerja mereka untuk sentiasa mempunyai barang makanan asas di rumah.

“SIRIM sedar ada anggota kerja yang terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang dan mungkin ada yang tidak mahu bersuara kerana sebab tertentu.

“Oleh itu, kami harap sumbangan sesama anggota kerja ini seperti beras, minyak masak, susu pekat dan bahan makan lain dapat membantu meringankan sedikit beban,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, bank makanan itu disediakan pada tempat khas di tiga pejabat SIRIM iaitu di Shah Alam, kawasan perindustrian Rasa, Bukit Jalil selain Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia (NMIM), Sepang.

Ujar Ahmad Sabirin, pihaknya turut menyediakan di sebuah lokasi di Klang untuk warga kerjanya yang tinggal di daerah berkenaan mengambil barang bantuan terbabit. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI