fbpx

Remy Ishak minum air, netizen yang dahaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REMY ISHAK cairkan hati ramai dengan iklan sejenis minuman.

JIKA sudah diberikan rezeki memiliki wajah kacak, buatlah apapun, pasti akan menancap pandangan ramai.

Itu yang berlaku kepada Remy Ishak apabila aksinya sedang menyedut sejenis minuman telah mencairkan hati ramai pengikut Instagram, khususnya golongan wanitanya.

Difahamkan, foto tersebut dimuat naik bagi tujuan mempromosikan sebuah jenama minuman berasaskan kopi.

Rata-rata netizen menyifatkan Remy sangat kacak dalam foto yang dimuat naik dalam Instagramnya itu.

Lebih lucu, ada yang menulis komen bahawa foto tersebut mampu membekalkan tenaga tanpa minum minuman yang dipromosikan Remy.

“Tak mengapa jika saya tidak minum, Tengok gambar sahaja sudah beri tenaga,” tulis seorang netizen.

“Aduh, tiba-tiba haus kopi pula selepas nampak foto ini,” komen seorang lagi pengikut Instagramnya.

Hebat betul penangan Remy. Mungkin selepas ini boleh beri lagi macam-macam jenis produk kepadanya, pasti laku keras!

Dengarnya ramai sudah merindui lakonan Remy dalam kaca televieysn, bila agaknya akan kembali berlakon drama atau filem?

MIZZ LAHAR: Lega lihat ramai anak seni sudah mendapat suntikan vaksin. Harap mereka dapat sebarkan lagi kesedaran kepentingan mengambil vaksin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI