fbpx

MRCA sumbang RM400,000 bantu perangi Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr. Kuldip (tengah) menerima sumbangan bekalan perubatan daripada MRCA baru-baru ini.

PETALING JAYA – Malaysia Retail Chain Association (MRCA) melaksanakan tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) dengan menyumbangkan barangan keperluan perubatan kepada Hospital Sungai Buloh bagi membantu memerangi pandemik Covid-19.

MRCA dalam satu kenyataan berkata, program CSR itu yang mendapat kerjasama MRCA Branding Education Charity Foundation turut berjaya mengumpulkan sebanyak RM400,000 menerusi derma daripada ahlinya dan orang ramai.

“Dana yang dikumpul itu bertujuan untuk menyediakan kelengkapan perlindungan diri (PPE) dan bekalan perubatan buat petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh.

“Menerusi CSR itu, MRCA Branding Education Charity Foundation dan Presiden sebelum ini telah menyumbangkan kelengkapan PPE bernilai RM100,000,” katanya di sini tadi.

Katanya, ahli-ahli MRCA seperti Top Glove, Ogawa dan Visionary Solutions pula membuat sumbangan sebanyak RM300,000.

“Sumbangan itu terdiri daripada PPE, kerusi urut, pembersih udara selain bekalan perubatan lain ke hospital tersebut,” jelasnya.

Sumbangan berkenaan disampaikan MRCA kepada Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr. Kuldip Kaur. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI