fbpx

Buat lagu, macam campak dadu – SonaOne

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SONAONE pernah mencatat kejayaan manis apabila lagu Apa Khabar duet bersama Joe Flizzow menjadi juara pada AJL29.

PETALING JAYA – Enam tahun selepas lagu nyanyiannya dengan Joe Flizzow, Apa Khabar dijulang sebagai juara keseluruhan Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29), penyanyi rap SonaOne tidak kisah andai itu sahaja memori paling diingati orang ramai tentang dirinya. 

Kata SonaOne atau nama lengkapnya, Mikael Adam Mohd. Rafee Michel Lozach, 33, dia tidak mempunyai kuasa untuk mengawal apa yang disukai atau tidak disukai oleh pendengar. 

“Kita tak boleh kawal audiens dan pada masa sama, saya tetap jujur dengan muzik saya. 

“Jadi hit atau tidak, perlu diingatkan, kadang-kadang kita role the dice (campak dadu), kita dapat angka enam, kadang-kadang juga dapat angka satu. 

“Saya tak cakap semuanya bergantung kepada rezeki atau nasib tapi saya ingin tegaskan yang apa yang perlu kita lakukan sebagai anak muzik adalah sentiasa bekerja keras. Itu yang saya buat dan saya tak pernah berhenti bekerja keras di studio rakaman,” katanya Kepada Kosmo! Online baru-baru ini. 

SonaOne yang dilahirkan di Kuantan, Pahang percaya, kesungguhan dalam buat apa sahaja perkara yang dikerjakan akan membuahkan hasil pada kemudian hari. 

“Saya percaya dengan bakat dan percaya yang dengan kerja keras akan menghasilkan pekerjaan yang berkualiti. 

“Itu yang saya kisahkan dan kalau ada benda-benda lebih yang datang daripada yang kita kerjakan, saya bersyukur dan sangat hargai. Rezeki memang tak boleh ditolak,” ujarnya. 

Sonaone dan Joe pernah dijulang sebagai juara keseluruhan apabila Apa Khabar menang besar di AJL29 pada 2015. Bukan itu sahaja, karya tersebut juga pernah dinobatkan sebagai Lagu Hip Hop Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik ke-21 (AIM21) setahun sebelumnya. 

Sejak dari situ, penguasaan genre hip-hop semakin menjalar dan diterima ramai dalam arus perdana persada muzik tempatan. 

Terbaharu, SonaOne muncul dengan karya terbaharu bersama artis kelahiran Singapura, YHB Sleepsalot berjudul Jatuh Boi. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI