fbpx

Aprena Manrose buat rawatan kesuburan, belajar berhijab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APRENA MANROSE

PETALING JAYA –Setelah empat tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Aprena Manrose mengakui tertekan apabila masih belum dikurniakan cahaya mata.

Pemilik nama sebenar, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman itu berkata, situasinya bagaimanapun masih terkawal dan belum pernah berdepan tekaman emosi sebagaimana yang sedang dilalui seorang rakan artis, Siti Elizad Saifuddin. 

“Sudah tentu saya tertekan kerana masih belum dikurniakan anak walaupun sudah lama berkahwin.  Saya memang inginkan anak, tetapi masih belum ada rezeki lagi. Saya percaya kepada segala aturan Allah.

“Alhamdulillah, ramai yang memberi kata dorongan dan doa yang baik-baik,” tutur Aprena sudah bergelar kepada Mohd. Afiq Hazman sejak 2016.

Sebagai usaha untuk mendapatkan cahaya mata, Aprena kini menjalani rawatan kesuburan di sebuah hospital swasta.

“Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aldalah masa yang tepat untuk memikirkan soal anak. Saya juga telah menjalani rawatan kesuburan di sebuah hospital swasta pada 

bulan lalu dan masih diteruskan untuk bulan ini.

“Jika saya berjaya mendapatkan anak saya akan kongsi berkenaan rawatan yang dibuat. Sekarang saya hanya mohon doa agar dikurniakan rezeki anak,” ujar semasa sidang media secara virtual sempena naskhah lakonan terbaharunya, Sedingin Salju hari ini.

Menariknya,  penampilan terkini adik kepada pelakon Oktovia Manrose itu dilihat berhijab turut mengundang persoalan.

Akui anak kepada penyanyi Iwan dan Allahyarham Rosnah Mohd Noor itu, dia sememangnya dalam proses belajar berhijab.

“Ya, saya sedang belajar untuk bertudung,” kata Aprena, 28, yang belajar berhijab sejak Ramadan lalu.

Sungguh pun begitu, Aprena pantas mengakui, belum berhijab penuh dan masih menerima tawaran lakonan tidak berhijab sama seperti dahulu.

“Sebab itu, saya tidak mahu bercakap apa-apa (tentang berhijab) kerana tidak tahu bagaimana masa depan. Saya masih terima tawaran lakonan yang tidak bertudung sebab memang sudah dijanjikan sebelum ini,” katanya lagi.

Biarpun tidak meletakkan sebarang sasaran bila untuk berhijab penuh, Aprena mengharapkan doa yang baik daripada peminatnya.

“Soal berhijab kalau boleh saya tidak mahu bercakap apa-apa. Biarlah jika perkara itu berlaku (berhijab sepenuhnya) saya yang akan beritahu sendiri. Mohon semua orang doakan yang baik-baik buat saya,” katanya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI