fbpx

Rekrut ahli sindiket tawar gaji cecah RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan (kiri) menunjukkan komputer riba yang dirampas yang disyaki digunakan sindiket untuk melakukan penipuan di IPK Johor, Johor Bahru, Johor hari ini. -Foto: RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Polis Johor berjaya melumpuhkan kegiatan sindiket penipuan tawaran kerja sambilan sebagai ejen aplikasi jual beli dalam talian terkenal apabila memberkas 22 individu menerusi serbuan di empat buah kediaman berpengawal di Kota Tinggi dekat sini, Isnin lalu.

Dalam operasi bermula pada pukul 4 petang hingga 11 malam itu, individu yang diberkas masing-masing terdiri daripada 11 lelaki dan wanita warga tempatan berusia 15 hingga 28 tahun.

Mereka yang ditahan termasuk ketua pusat panggilan ditawarkan dengan kadar upah antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan tidak termasuk komisen.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, hasil siasatan mendapati modus operandi kumpulan yang diberkas mempunyai rangkaian dengan kumpulan ibu pejabat (HQ) yang beroperasi di lokasi belum dikenal pasti.

Menurutnya, pasukan HQ akan membuat hebahan melalui laman sosial dan menghantar mesej pesanan ringkas melalui WhatsApp secara rawak kepada mangsa dengan menawarkan pekerjaan sambilan sebagai ejen aplikasi jual beli dalam talian bagi menjana pendapatan sampingan.

“Mangsa berminat diarahkan untuk menghubungi nombor telefon yang disertakan dalam mesej berkenaan.

“Talian yang dihubungi oleh mangsa akan dijawap kumpulan sindiket yang ditangkap bertindak sebagai pusat panggilan sebelum mangsa ditawarkan pekerjaan terbabit.

“Sindiket memberi janji manis dengan menawarkan menjadi ejen tetap atau ‘VIP’ dengan komisen lapan hingga 15 peratus bergantung kepada jumlah belian barangan,”katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, sebelum dilantik menjadi ejen, mangsa terlebih dahulu perlu membeli barangan dalam aplikasi jual beli yang tidak wujud dan perlu membuat pembayaran kepada akaun bank yang dikawal sindiket.

Jelasnya, sindiket menjanjikan komisen akan dikreditkan dalam tempoh 10 hingga 15 minit selepas pembayaran dibuat sebelum sindiket gagal dihubungi dan mangsa menyedari mereka ditipu sindiket.

Beliau berkata, sindiket terbabit telah beroperasi sejak sebulan yang lalu dan dipercayai sering bertukar-tukar lokasi operasi serta pekerja bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Mereka dikesan menyasarkan warganegara Singapura sebagai mangsa utama mereka terutamanya mereka yang kehilangan pekerjaan sejak pandemik melanda,”katanya.

Ayob Khan memberitahu, polis turut merampas pelbagai peralatan termasuk 48 unit telefon bimbit, 12 buah komputer riba, dua buah buku nota serta dua unit modem internet yang digunakan untuk melakukan jenayah penipuan.

Kesemua suspek ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Pihak kita percayai masih ada lagi rangkaian sindiket ini yang aktif melakukan penipuan menawarkan kerja sebagai ejen dan di Johor merupakan tangkapan pertama,”katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI