fbpx

Pasukan Benua TSG yakin kekal di ranking No. 1 Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERCATURAN TSG menyertai siri perlumbaan di Turki dan Rwanda membantu pasukan Benua itu mengutip 470 mata UCI.

PASUKAN berbasikal bertaraf benua, Terengganu Cycling Team (TSG) yakin dapat mengekalkan kedudukan nombor satu Asia dalam ranking Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) musim ini.

Ketua Pegawai Operasinya, Nasiruddin Wan Idrus berkata, percaturan menyertai siri perlumbaan di Turki dan Rwanda membantu TSG mengutip 470 mata UCI, selain membaiki kedudukan ke-32 dunia.

Pungutan mata itu jauh meninggalkan pasukan tangga kedua, Kinan Cycling Team dari Jepun yang mengumpul 166 mata, manakala Thailand Continental Cycling Team (165) di tempat ketiga.

NASIRUDDIN

Nasiruddin berkata, lapan pelumba TSG bakal ke Turki sekali lagi bagi menyertai siri perlumbaan berstatus 1.2 bermula 3 hingga 18 Julai depan dengan misi menambah koleksi mata ranking UCI.

“Siri perlumbaan kali ini banyak melibatkan zon pendakian melebihi 2,000 meter dan TSG hanya menghantar pakar mendaki diketuai Nur Aiman Zariff selaku kapten.

“Berdasarkan prestasi semasa, TSG menyasarkan untuk meraih kedudukan podium dalam dua daripada enam siri perlumbaan nanti,” jelasnya ketika ditemui di pejabat TSG di Kuala Terengganu semalam.

Nasiruddin menjelaskan, TSG akan berada di Turki ­seminggu lebih awal sebagai persiapan, terutamanya Shahrul Mat Amin dan Afiq Huznie Othman yang beraksi buat pertama kali musim ini.

Ujarnya, TSG akan menutup musim 2021 dengan menyertai kejohanan di Thailand, September depan sebelum kalendar perlumbaan musim 2022 bermula di Taiwan pada bulan November.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI