fbpx

Lelaki maut tercampak sebelum tersepit bawah kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah keretanya yang terbabas di Kilometer 201 Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan di sini hari ini.

KUANTAN – Seorang pemandu kren maut selepas tercampak dan tersepit di bawah keretanya yang terbabas di Kilometer 201 Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan di sini awal pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian kira-kira pukul 3.15 pagi itu berlaku ketika mangsa, Syed Firdhaus Syed Mohd. Heffeni,33, dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Kemaman, Terengganu.

“Apabila sampai di tempat kejadian kereta jenis Hyundai Atos dipandu mangsa hilang kawalan sebelum terbabas ke kanan jalan dan merempuh papan tanda menyebabkan mangsa tercampak dan tersepit di bawah kenderaannya.

“Akibat kejadian menyebabkan mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya di sini, hari ini.

Menurut Kamarulzaman, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI