fbpx
Suspek ditahan di Sungai Tiram, Bayan Lepas hari ini.

Hanya sempat larikan lori 3 km

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU – Anggota kereta peronda polis (MPV) berjaya menahan seorang lelaki yang bertindak melarikan sebuah lori satu tan selepas mengejarnya sejauh lebih 3 kilometer (km) hingga ke sebuah stesen minyak di Sungai Tiram, Bayan Lepas di sini hari ini.

Suspek berusia 31 itu diberkas setelah kenderaan tersebut terbabas di tepi jalan arah Bayan Baru dalam kejadian berlaku pukul 4 petang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, suspek bertindak agresif sehingga berlaku pergelutan dengan anggota MPV semasa penahanannya.

“Sebelum itu, pemilik lori berkenaan nampak kenderaan miliknya itu dilarikan suspek semasa diletakkan di tempat letak kenderaan sebuah pasar raya besar di Bayan Baru.

“Namun dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku terlalu pantas,” katanya hari ini.

Terdahulu, kejadian tersebut tular di media sosial selepas beberapa video ketika tangkapan lelaki itu dikongsi warganet sejak petang ini. – K! ONLINE