fbpx

Pemandu peribadi menangis dituduh aniaya anak sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Rizal ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.- Foto NORHAYATI YAHAYA

SHAH ALAM – Seorang pemandu peribadi menangis ketika dituduh di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan melakukan penganiayaan kepada anak sulungnya sehingga mendatangkan kecederaan fizikal, bulan lalu.

Muhammad Rizal Abdul Malik, 45, yang dilihat berulang kali mengesat air matanya di kandang tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut pertuduhan bapa kepada empat orang itu didakwa menganiaya anak sulung perempuannya berusia 11 tahun sehingga menyebabkan kecederaan fizikal di sebuah pangsapuri di Taman Bukit Subang dekat sini pada pukul 7.05 petang, 26 Mei lalu.

Sekiranya disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Difahamkan tertuduh telah mendirikan rumah tangga sejak 12 tahun lalu dan mempunyai anak berusia 2 hingga 11 tahun dan kini tinggal bersendirian di pangsapuri tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Afiqah Abdul Ghaffar menawarkan jaminan RM15,000 dan seorang penjamin.

Bagaimanapun tertuduh diwakili Peguam Shalehhuddin Salam memohon jaminan RM5,000 dengan anak guamnya dalam proses penceraian dengan isterinya dengan prosiding mengenainya dijadualkan pada 28 Jun depan.

“Isteri dan empat anak termasuk mangsa kini ditinggal bersama adik ipar tertuduh serta anak guam saya tiada henda.k mengganggu mereka,” katanya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM10,000 bersama penjamin serta tidak menganggu gugat mangsa sehingga selesai perbicaraan.

Sebutan semula kes pada 11 Ogos depan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI