fbpx

FAMA Pahang sumbang buah-buahan untuk 32 ekor gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Komunikasi Korporat FAMA Pahang, Rosli Zakaria (kanan) dan Ketua PKGK Kuala Gandah Che Ku Mohd. Zamzuri Chik Wan Ab. Rahman (kiri) memberi gajah makan di PKGK Kuala Gandah di Temerloh semalam.

TEMERLOH – Sebanyak 4.5 tan buah-buahan pelbagai jenis disumbangkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang untuk makanan gajah di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah di Lanchang dekat sini.

Pengarah FAMA Pahang, Noh Nik Wan berkata, sumbangan berupa pisang, labu manis, nanas dan keledek itu adalah untuk makanan 32 ekor gajah yang ditempatkan di pusat konservasi gajah yang menjadi antara destinasi pelancongan terkenal itu.

“Program tanggungjawab sosial korporat yang diadakan ini bukan sahaja memberi kebaikan kepada penerima sumbangan tetapi dapat membantu mengelak berlakunya lambakan hasil pertanian apabila pekebun tidak dapat memasarkan keluaran mereka.

“Dalam keadaan negara sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, kita turut dapat membantu komuniti yang terkesan,”katanya selepas menyampaikan sumbangan buah-buahan di PKGK Kuala Gandah di sini, semalam.

Yang hadir sama, Ketua PKGK Kuala Gandah, Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab. Rahman; Pengurus Pusat Khidmat Pemasaran FAMA Kuantan, Faris Abdullah dan Ketua Komunikasi Korporat FAMA Pahang, Rosli Zakaria.

Menurut Noh, pada minggu lalu pihaknya telah menyumbangkan dua tan buah-buahan kepada pusat berkenaan manakala 2.5 tan disumbangkan semalam.

Katanya, sumbangan itu diharap dapat meringankan beban perbelanjaan menyediakan makanan kepada 32 ekor gajah khususnya ketika pusat pelancongan itu ditutup sementara berikutan PKP 3.0.

Sementara itu Ketua PKGK Kuala Gandah, Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab Rahman berkata, pihaknya memperuntukan sebanyak RM1 juta setahun bagi menyediakan makanan untuk 32 ekor gajah yang terdapat di PKGK Kuala Gandah.

“Saya mengalu-alukan mana-mana pihak yang sudi membantu menyediakan buah-buahan untuk makanan gajah,”ujarnya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI