fbpx

Permohonan UPUOnline lepasan SPM dilanjutkan 2 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Tarikh tutup permohonan UPUOnline bagi kemasukan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikuti program sijil, asasi dan diploma ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi sesi akademik 2021/2022 dilanjutkan sehingga 2 Julai pukul 5 petang.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan, pihaknya telah bersetuju berhubung pelanjutan tarikh tutup tersebut dan keputusan itu akan membolehkan pelajar mengemas kini permohonan dan memilih program pengajian di UPUOnline.

“KPT juga prihatin dengan kekangan masa dihadapi oleh pemohon berikutan terdapat pelajar yang masih belum menerima keputusan semakan semula peperiksaan SPM 2020 oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

“Sehubungan itu, KPT berharap keputusan ini akan dapat memudahkan urusan pemohonan untuk melanjutkan pengajian masing-masing,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, pemohon yang mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari portal rasmi upu.mohe.gov.my. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI