fbpx

Pemilik kilang makanan laut, pekerja dikompaun gagal patuh SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada 100 pekerja sebuah kilang memproses makanan laut di Kuala Kurau yang dikenakan kompaun kerana melanggar SOP dibenarkan.

BAGAN SERAI – Kedegilan pemilik sebuah kilang memproses makanan laut melanggar pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kerana beroperasi dengan jumlah pekerja melebihi daripada yang ditetapkan membawa padah apabila dikenakan kompaun RM10,000.

Selain itu, seorang pengurus sumber manusia dan pekerja kilang masing-masing dikompaun RM2,000 dan RM1,500 kerana gagal memastikan pekerja mencatat suhu dan tidak mengimbas pada paparan My Sejahtera.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, kilang yang terletak di Kuala Kurau itu diperiksa dalam operasi bersepadu yang turut diserta pegawai Kementerian Kesihatan dan Majlis Daerah Kerian (MDK).

Menurutnya, pemeriksaan mendapati pemilik kilang telah melanggar SOP apabila kira-kira 100 orang sedang bekerja daripada 146 pekerja yang ada iaitu melebih 60 peratus daripada dibenarkan.

“Atas kesalahan itu pemilik kilang telah dikompaun sebanyak RM10,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (1)Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020,” ujarnya kepada pemberita selepas mengadakan operasi pematuhan SOP di kawasan kilang di Kuala Kurau dekat sini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI