fbpx

53 kes bunuh diri dalam lima bulan di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Negeri ini mencatatkan angka kematian membabitkan kes bunuh diri sebanyak 53 kes dalam tempoh lima bulan tahun ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dalam satu kenyataan hari ini berkata, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), bagi tempoh Januari sehingga Mei tahun ini iaitu merangkumi beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebanyak 19 kes cubaan bunuh diri telah dilaporkan.

Justeru, beliau berkata, peningkatan perangkaan berkaitan akan diberi perhatian khusus oleh Jabatan Kesihatan negeri yang mana aspek penekanan kesihatan mental perlu diberikan sewajarnya dalam tempoh melawan pandemik Covid-19.

Dalam perkembangan berbeza, Kon Yeow berkata, perebakan jangkitan Covid-19 di tempat kerja masih mencatatkan jumlah tertinggi iaitu membabitkan 27 kluster kilang dan (tiga) bukan kilang selain tapak bina (dua), komuniti (dua), pusat tahanan (satu) serta keagamaan (satu).

“Sebanyak enam pusat pemberian vaksin (PPV) di bawah Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) Pulau Pinang telah diluluskan sehingga kini bagi merancakkan lagi proses imunisasi membabitkan sektor industri atau perkilangan di negeri ini

“Selain itu, sehingga 20 semalam,sebanyak 93 pusat jagaan warga emas telah dikunjungi dan seramai 3,513 penghuni serta penjaga telah menerima suntikan vaksin,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI