fbpx
SARAH dan Shui kesal atas kejadian langgar lari yang menimpa pekerjanya di Johor Bahru.

Pekerja parah dilanggar lari, Sarah dan Shuib buru Myvi hijau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pasangan selebriti, Siti Sarah dan Shuib kesal dengan kecelakaan yang menimpa seorang pekerjanya apabila terlibat dalam satu kejadian langgar lari di Johor Bahru hari ini.

Lebih malang lagi, pekerja terbabit, Muhammad Afiq Hidayat Mohd. Fauzi yang menaiki motosikal mengalami kecederaan serius selepas paha dan kedua-dua belah tangannya patah, manakala hidung serta pipinya pula koyak selepas dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna hijau.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik Sarah dalam Instagramnya berkata, dia serta suami akan menjejaki pemilik Perodua Myvi tersebut sehingga dapat untuk mendapatkan keadilan buat pekerjaanya.

“Ya Allah dugaan untuk pekerja saya @bubblebeemalaysia_hq kena langgar lari. Ya Allah kenapalah dah langgar nak kena lari? Tak boleh ke tolong.. biadab! Kalau jadi kat keluarga awak macam mana?

“Staff kami dekat Muar kemalangan langgar lari tapi orang ramai dapat nombor kereta yang langgar tu. Tangan dua-dua patah, paha patah! Pipi koyak hidung koyak!” maklumnya dalam Instagram.

Sementara itu, Shuib pula meminta orang ramai membantunya mengesan pemilik Perodua Myvi berwarna hijau yang telah melarikan diri sebaik sahaja kemalangan tersebut berlaku.

“Malangnya, kereta yang melanggar budak ni boleh lari! Tolong viralkan sebab sampai sekarang pemilik kereta yang langgar masih tak serah diri! Detail kereta JKF 9590 Myvi hijau,” katanya.

Sebagai majikan, pasangan suami isteri menegaskan bahawa mereka akan mencari peguam untuk menuntut pembelaan ke atas nasib yang menimpa pekerjanya.

“Silap besar lari dik (pelaku). Saya akan cari peguam! Mungkin budak ini (mangsa) bukan darah daging saya.

“Tapi dia adalah keluarga Bubblebee Malaysia dan kami akan tuntut,” kata Sarah. -K! ONLINE